Di Mana Penceritaan Alam Sekitar Menjadi Nyata
Pengenalan EcoDigiPuppet
EcoDigiPuppet ialah platform perisian inovatif yang menggabungkan teknologi puppet digital masa nyata ke dalam pendidikan kanak-kanak prasekolah. Matlamat utamanya adalah untuk memperkayakan pengalaman pembelajaran dengan menggalakkan kaedah interaktif dan menarik. Dengan menggunakan kekuatan puppet digital secara masa nyata, pendidik dapat memperkenalkan unsur-unsur cerita yang memikat dan memudahkan pemahaman sepenuhnya terhadap konsep-konsep utama bagi pembelajaran kanak-kanak. Kajian yang teliti telah dijalankan untuk menilai keberkesanan perisian ini, dengan menggunakan kerangka kerja Uncanny Valley yang terkenal untuk menilai respons emosi kanak-kanak terhadap perisian puppet digital masa nyata. Melalui pendekatan yang dirancang dengan teliti ini, EcoDigiPuppet memupuk interaksi guru-murid yang dinamik serta dapat meningkatkan keberkesanan usaha pendidikan. Secara khususnya, EcoDigiPuppet adalah inisiatif yang bermakna yang tidak hanya meningkatkan hasil pembelajaran tetapi juga membina landasan untuk masa depan yang lebih cerah dan lebih kompetitif dalam pendidikan kanak-kanak
Kawalan Puppet Digital
Puppet digital boleh dikawal samada dengan menggunakan Joystick PS4 atau Leap Motion.
Joystick
EcoDigiPuppet menyokong semua jenis joystick PS4 supaya memastikan keserasian yang lancar untuk pelbagai gerakan puppet digital tanpa membebankan keperluan peranti khusus. Selain Joystick PS4 tidak boleh digunakan
Leap Motion
Pengguna boleh memilih untuk menggunakan peranti Leap Motion, tetapi perlu membelinya dari penjual rasmi. Walau bagaimanapun, laman web ini tidak menyediakan maklumat tentang cara membeli dan mengguna peranti tersebut.
Keyboard
Pengguna boleh memilih untuk menggunakan papan kekunci (keyboard) yang tersedia pada komputer mereka tanpa perlu membeli peranti tambahan. Laman web ini tidak menyediakan maklumat lanjut tentang jenis papan kekunci tertentu kerana ia adalah peranti asas yang boleh digunakan secara terus.
Lima karakter animasi yang comel
Perisian inovatif ini menggabungkan pelbagai karakter, termasuk robot, haiwan, manusia 2D, flower, dan figura tradisional wayang kulit. Kombinasi yang pelbagai ini tidak hanya memperkayakan interaksi pengguna tetapi juga merangsang pengalaman yang dinamik dan mendalam.
Karakter yang pelbagai.
EcoDigiPuppet menampilkan dua watak dalam setiap skrin, iaitu watak ayah dan anak perempuan. Pencerita boleh mengolah sebarang cerita berkaitan pemuliharaan alam sekitar dalam bentuk dialog antara ayah dan anaknya.
Tutorial
Tutorial penggunaan EcoDigiPuppet
Muat turun atau 'download' pemasang
Sila pilih Installer yang sesuai untuk sistem operasi anda.
Ebook
Ebook mengenai Penceritaan Alam Sekitar untuk Kanak-Kanak.
Ebook dalam PDF
DownloadCara memasang/install untuk Windows
Cara memasang/install untuk MacOS
Penyelidik

Prof Dr. Ahmad Zamzuri Mohamad Ali

Nurr Muazzin Md Ghali

Dr. Romarzila Omar
Contact Us
EcoDigiPuppet telah dibangunkan dan dilindungi oleh hak cipta. Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau mengemukakan sebarang pertanyaan, sila gunakan platform yang ditetapkan. Penglibatan anda amat dihargai, dan kami akan berusaha membuat penambahbaikan berdasarkan maklumat yang diberi. Terima kasih kerana menunjukkan minat terhadap EcoDigipuppet.
SULTAN IDRIS EDUCATION UNIVERSITY, 35900 TANJUNG MALIM, PERAK.
For any inquiries, please contact Prof. Dr. Ahmad Zamzuri Mohamad Ali at zamzuri@fskik.upsi.edu.my